

Seiring pelancaran HONOR 9X sebentar tadi, HONOR Malaysia tersebut turut mengemas kini barisan aksesori keluaran mereka dengan kemunculan fon kelapa baharu iaitu HONOR Sport Pro. Fon kepala ini dibina dengan kemasan lebih dinamik – sekaligus menambah elemen fesyen dalam sukan.
Fon kepala ini menawarkan reka bentuk neckband fleksibel di samping pilihan warna menarik. HONOR Sport Pro menyokong port pengecasan Type-C dengan ketahanan bateri sehingga 18 jam.
Lebih menarik, ia hanya hanya mengambil sekitar 5 minit untuk pengecasan semula dengan keupayaan bermain muzik berbalik sehingga sekitar 4 jam. HONOR Sport Pro turut menyokong ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IPX5.
Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Phantom Red, Phantom Purple dan Phantom Grey, HONOR Sport Pro ditawarkan pada harga RM299 dan jualan pertama bermula 28 November.
____________________
BACA JUGA:
- Akhirnya Tiba! HONOR 9X Dengan Kamera Utama 48MP Rasmi – Harga Jualan RM999!
- Reviu Eksklusif : Hmmm..Smartphone Paling ‘Onz’? Mampukah HONOR 9X Menambat Hati Pembeli?




