20 Peserta Dinobatkan Sebagai ‘Ibu Perkasa’ Dalam Cabaran Anjuran Shopee

Dalam komitment bernilai RM1 juta yang diadakan oleh Shopee, seramai 20 peserta yang terdiri daripada golongan ibu telah berjaya dinobatkan sebagai ‘Ibu Perkasa’ baru-baru ini melalui cabaran yang dianjurkan oleh Shopee. Dilancarkan pada Jun yang lalu, hanya 20 peserta telah dipilih daripada 200 permohonan yang telah diterima bagi meneruskan cabaran dalam peringkat akhir. Tujuan Cabaran Ibu Perkasa Shopee ini dianjurkan adalah dalam usaha untuk melahirkan usahawan di kalangan ibu-ibu di negara ini dengan pemberian modal sebanyak RM10,000 untuk memulakan perniagaan dalam talian.

pic 1
Shopee Spree 2.0: Mighty Moms Finale Bazaar menerima sambutan daripada pengunjung.

Ibu Perkasa Shopee telah dibekalkan dengan produk yang terdiri dari pelbagai kategori secara percuma untuk dijual di dalam pusingan akhir iaitu Shopee Spree 2.0: Mighty Moms Finale Bazaar. Bazar yang diadakan pada 23 dan 24 Julai itu telah berjaya menarik perhatian sehingga 5,000 orang pengunjung dan memperlihatkan lebih 200 barangan telah berjaya dijual.

pic 2
Salah seorang peserta peringkat akhir, mempromosikan produk jualannya kepada pengunjung.

Cabaran Ibu Perkasa Shopee juga telah diadakan sebagai salah satu inisiatif terbaru Shopee dalam menerapkan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. GadTech Brothers (Siew Hong Ling) telah dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama dengan memenangi wang tunai berjumlah RM5,000, manakala tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh PRECIOUS & Co. (Tan Zhu Yun) dan QingStar (Choy Foong Heng) dengan masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,000, sebagai modal untuk memulakan perniagaan mereka.

pic 3
Para pemenang Cabaran Ibu Perkasa Shopee bergambar dengan hadiah kemenangan masing-masing.

NOTA!
Berikutan sambutan positif, Program Penghantaran Percuma Shopee yang telah dilancarkan dengan kerjasama Pos Laju pada bulan Jun yang lalu telah dilanjutkan tempohnya sehingga 31 Ogos 2016 ini.

You might also like