Maxis Memperkenalkan Penyelesaian IoT Terbaik untuk Mewujudkan Perniagaan Lebih Cekap

Penggunaan pelbagai hubungan di Internet telah membuka ruang baru untuk pengembangan perniagaan dalam bentuk digital. Hampir semua benda boleh dijadikan peranti pintar, dan berinteraksi melalui internet menerusi ‘Internet of Things’ (IoT). Oleh sebab itu, Maxis melancarkan perkhidmatan IoT untuk perniagaan, melalui penyelesaian terkemuka Vodafone.1

Menggunakan kepakaran perkhidmatan IoT Vodafone serta pengetahuan pasaran tempatan dari Maxis, perniagaan di Malaysia kini boleh mendapatkan lebih pulangan dengan mengoptimumkan pelaburan. IoT dapat membantu mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan operasi, seterusnya memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Maxis juga memperlihatkan beberapa aplikasi IoT untuk perniagaan di Malaysia. Seperti kawalan jarak jauh peralatan elektrik di pejabat seperti pendingin hawa, lampu atau mesin membancuh kopi, melalui smartphone walaupun ketika anda berada di rumah.

Pembuat kenderaan ataupun bengkel, boleh menerapkan pelbagai sensor pintar yang berhubung ke Internet, di kenderaan seperti di tayar, enjin, tangki minyak dan juga pengesan GPS. Ia pastinya dapat membantu untuk membuat anggaran lebih awal dan mengira kos menyelenggara serta membaiki kenderaan.Photo 1

Untuk permulaan, Maxis kini telah menyediakan pakej mPOS dan mDrive untuk pelanggannya, di mana mPOS merupakan satu penyelesaian pembayaran mudahalih. Manakala mDrive pula adalah pengesan aset kenderaan. Layari lamanweb Maxis mPOS dan Maxis mDrive untuk lebih maklumat.

Selain itu, dapatkan pek percubaan Maxis IoT untuk mencuba sendiri perkhidmatan ini yang memberi pengguna 30 hari tempoh ujian, bersama 5 kad SIM dan akses kepada Maxis M2M Hub. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi wakil Maxis di talian 1800-82-1919 atau layari lamanweb Maxis.

You might also like