
Acer telah melancar 2 lagi model terbaharunya iaitu Acer Veriton Z4660G Dan Veriton N4660G.
Acer Veriton Z4660G dikuasakan oleh pemproses Intel Core i+ generasi ke-8 yang dipadankan dengan Optane serta hadir dengan M.2 PCle SSD.
Pastinya peranti ini menawarkan pengalaman perkomputeran yang lancar, responsif dan pantas. Tidak hairanlah ia diklasifikasikan sebagai komputer meja semua dalam satu yang ideal untuk hamparan lebar, pembentangan berganda atau menyunting grafik-grafik bersaiz besar.
Selain itu, Acer Veriton Z4660G menawarkan pegalaman tontonan yang menakjubkan menerusi paparan Full HD IPS 178 darjah. Turut dilengkapi dengan Ergostand yang versatil.
Apa yang pasti, peranti ini boleh dicondong, dipusing dan diubah ketinggian untuk memberi pengalaman tontonan yang maksima.
Dalam pada itu, ia turut hadir dengan kamera yang boleh dipusing. Ia boleh diarahkan kepada pengguna untuk panggilan video individu atau dipusingkan ke arah bilik bagi aplikasi persidangan video. Jika tidak digunakan, kamera tersebut boleh dilipatkan bagi tujuan keselamatan dan privasi yang lebih baik.
Selain itu, Komputer Meja Acer Veriton N4660G merupakan sebuah komputer mini yang direka khas untuk menjimatkan ruang. Walaupun ia kecil, tetapi ia disertakan dengan spesifikasi yang tinggi.
Dengan pemproses Intel Core i+ generasi ke-8 yang mana ia dipadankan dengan teknologi Optane dan M.2 PCle SSD pastinya mampu menjalankan tugasan dan aplikasi yang intensif untuk memberikan pengalaman perkomputeran yang pantas dan responsif yang lebih lancar.
Dengan skru dan kerangka gelongsor Acer Veriton N4660G yang senang dibuka maka urusan naiktaraf akan menjadi lebih mudah.
Pengguna boleh mengubah suai atau mengantikan memori atau pilihan penstoran dengan mudah, terima kasih kepada rekaan tool-less Acer yang unik.
Peranti ini sedia untuk dipasang dengan cagak VESA yang membolehkan pengguna untuk mengosongkan ruang diatas meja dengan hanya melekapkan komputer meja tersebut pada bahagian belakang monitor/paparan bagi memberikan satu ruang tempat kerja yang tersusun.
Dalam pada itu, peranti ini menyokong sehingga tiga paparan bebas untuk memaksimumkan produktiviti menerusi HDMI dan display port dalam resolusi 4K.
Bagi pengguna yang iginkan model yang lebih berprestasi, Siri Acer N boleh menyokong sehingga 5 paparan bebas memalui penambahan mudah kad grafik NVIDIA atau AMD.
Bagi model Acer Z4660G boleh didapati dalam dua varian iaitu Intel Core i3 dan i5, masing-masing dijual pada harga RM2899 dan RM3199.
Manakala bagi model Acer N4660G turut boleh didapati dalam dua varian iaitu Intel i3 dan i5, masing-masing berharga RM2899 dan RM3399.
Model-model ini boleh didapati kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer yang terpilih.