
Teknologi OPPO 10x Lossless Zoom memperlihatkan kehebatan kamera yang bakal muncul pada peranti OPPO, dan hari ini pihak OPPO Malaysia telah pun menghantar jemputan bahawa mereka akan memperkenalkan teknologi ini ke pasaran tempatan pada 1 April nanti.
Baca Juga:
- Hasil Gambar Lensa OPPO Reno ‘Bocor’ – Dedah Kemampuan ‘Kuasa’ Zoom 10x & Hasil Menakjubkan!
- MWC 2019: OPPO Bakal Perkenal Teknologi Kamera 10x Zum Lossless Dan Peranti 5G Pada Suku Tahun Kedua 2019
Adakah sub jenama baru OPPO yang dikenali sebagai Reno akan menemui peminatnya, masih tidak diketahui lagi tetapi kami yakin ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.
Sementara ini, jom kita layan hasil gambar dari kamera 10x lossless zoom ini. bagi semua yang melihat tentu berasa teruja pada ketelitian serta kejituan warnanya.




