Xiaomi Redmi 5 Diturunkan Harga Kepada RM599

Xiaomi Redmi 5 telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan lepas menawarkan peranti dibawah kelas pertengahan-bawah. Tidak sampai sebulan ia dilancarkan di Malaysia, hari ini melalui Facebook Xiaomi peranti berkenaan telah dikurangkan harga kepada RM599 seunit. Penurunan sebanyak RM80 ini boleh direbut bermula hari ini.

Tidak semua varian ditawarkan, tetapi ia hanya pada varian 3GB / 32GB dengan warna pilihan emas, hitam, dan biru muda. Dengan pengurangan harga ini, ia sekaligus dapat menjimatkan wang daripada berbelanja lebih. Tawaran ini hanya boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi di Lazada.

Xiaomi Redmi 5 hadir dengan paparan 5.7-inci skrin 18:9, cip pemproses Snapdragon 450, bateri 3,300mAh, kamera utama 12 Megapiksel, dan kamera depan 5 Megapiksel. Bagaimanapun, bagi yang ingin mendapatkan varian 2GB / 16GB, ia tidak lagi dijual di Lazada.

Reviu Eksklusif: Ciri-Ciri Menarik Yang Ada Pada Xiaomi Redmi 5

Sumber

You might also like