
Jualan vivo Catat Peningkatan Sebanyak 108% Dalam Pasaran Telefon Pintar India Pada Suku Pertama 2019
Canalys telah pun mengeluarkan laporan mengatakan pengeluar telefon pintar terkenal, vivo kini mencatatkan prestasi terbaik di pasaran India pada suku pertama 2019 – penghantaran lebih daripada 4.5 juta unit. vivo juga menduduki tempat ketiga dalam keseluruhan pasaran telefon pintar – meningkat daripada 7.3% setahun lalu.
Pengarah Penyelidikan Canalys, Rushabh Doshi berkata vivo telah membuat taruhan yang mahal dalam menaja Kriket Liga Perdana India (IPL) dan mereka juga telah membuat beberapa pelaburan yang bijak – menawarkan pelakon Bollywood terkenal iaitu Aamir Khan sebagai duta. Tambah beliau, vivo juga telah membayar enam kali jumlah sebelumnya untuk mengekalkan penajaan IPL – yang dianggap sebagai liga terkaya di dunia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia iaitu Mike Xu berkata mereka sangat terinspirasi apabila melihat hasil pertumbuhan peranti vivo di India. Beliau yakin bahawa mereka juga akan terus menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi di Malaysia dengan pelbagai produk hebat.