
Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai vivo Indonesia yang telah memasang papan iklan vivo V9 di Indonesia. Terbaru melalui Facebook vivo Malaysia juga telah berkongsi teaser mengenai telefon pintar V9.
vivo kini telah menjalankan sebuah pertandingan swafoto melalui Facebooknya dan dilihat memfokuskan kepada angka ‘9’. Pada poster tersebut, vivo turut menyatakan nama vivo V9 dengan kamera hadapan beresolusi 24 Megapiksel. Lebih menjadi perhatian adalah skrin peranti ini yang dikatakan bakal hadir dengan paparan skrin ‘rongak’ yang menjadi trend hari ini.
Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang berita rasmi mengenai spesifikasi dan bila vivo V9 akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.

