
Papan Iklan vivo V9 Dilihat Di Indonesia – Sokong Paparan Skrin ‘Rongak’?
Pada MWC 2018, vivo sekadar memperlihatkan peranti konsep dengan paparan skrin menyeluruh menggunakan kod nama APEX. Selain daripada vivo APEX, pihak vivo mungkin dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru dalam masa terdekat ini, di mana menggunakan siri vivo V9.
Hal ini diketahui apabila terdapat pemasangan papan iklan di Indonesia. Peranti yang dikenali sebagai vivo V9 ini dilihat menggunakan rekaan skrin tanpa bingkai termasuk penggunaan rekaan ‘rongak’ pada bahagian atas menjadi trend masa kini.
Spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih belum didedahkan, tetapi dari apa yang dilihat pada papan iklan ini ianya menyokong kamera swafoto beresolusi 24 Megapixel.
Dengan pemasangan papan iklan ini, mungkinkah telefon pintar ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat?! Sama-sama nantikan!

