IOS 12.0.1 Memperbaiki Masalah Kabel Pengecas iPhone XS

Apple telah melancarkan IOS 12.0.1 yang mana ia memperbaiki beberapa isu yang telah diutarakan oleh pengguna.

Antara isu tersebut ialah masalah berkenaan menyambung kabel pengecaj dengan iPhone XS yang mana ia tidak dicaj sehingga paparan telah dibuka.

Selain daripada itu update terbaharu itu juga memperbaiki beberapa isu lain termasuklah masalah Wi-Fi yang mana iPhone XS hanya menyambung pada 2.4GHz namun sepatutnya pada 5GHz.

iPhone XS

Dalam pada itu, butang .?123 dan emoji/bahasa telah diletakkan seperti IOS yang terdahulu pada IPad. Masalah mengenai sarikata tidak muncul dalam beberapa aplikasi video juga telah diselesaikan.

Update terbaharu itu menggunakan sekitar 100 MB dan boleh dimuat turun dalam semua perati yang serasi.

 

Baca Juga: 

 

 

You might also like