Vivo V11 Bakal Hadir Dengan Warna Fairy Pink?!

Seperti ramai yang sedia maklum, vivo sebelum ini hanya menawarkan vivo V11 dalam dua pilihan warna yang berbeza iaitu Starry Night dan Nebula yang mana telah diperkenalkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 13 September lalu.

Vivo nampaknya sekali lagi memberi kejutan buat para peminat setianya dengan memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk siri tersebut dengan kemunculan warna Fairy Pink.

Menariknya lagi, vivo turut memberikan sentuhan ekslusif kepada edisi kali ini bagi memperagakan reka bentuk moden dan elegan untuk menambat hati ramai terutamanya golongan pengguna wanita.

Adakah anda sudah teruja untuk warna baharu ini? Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculan ‘mereka’.

Baca juga :

You might also like