
Huawei hari ini mengumumkan dua fungsi terbaharu untuk peranti kelas pertengahan mereka, Huawei nova 2 Lite kepada para pengguna di Malaysia. Dua fungsi yang ditawarkan ialah sokongan sambungan VoLTE dan VoWiFi.
Fungsi VoLTE merupakan fungsi dimana pengguna boleh menikmati panggilan suara berkualiti tinggi, sementara VoWiFi pula membolehkan pengguna membuat panggilan suara melalui sambungan WiFi.

Buat masa ini, syarikat telco yang menawarkan fungsi VoLTE dan VoWiFi untuk Huawei nova 2 Lite ialah Digi dan U Mobile. Manakala, para pengguna rangkaian Unifi dan Yes 4G, mereka hanya ditawarkan fungsi VoLTE sahaja. Tiada pengumuman untuk rangkaian telco lain.
Huawei nova 2 Lite dilengkapi paparan 5.99” FullView Display, cip pemproses Snapdragon 430, RAM 3GB, dan storan 32GB. Ia dioperasikan Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 terus daripada kotak. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia ialah RM799 seunit.
Baca juga :

