Rasmi! Kemas Kini EMUI 8.0 & Android 8.0 Untuk Huawei nova 2i

Berikutan ujian beta EMUI 8.0 Oreo untuk pengguna Huawei nova 2i pada bulan Mac yang lepas, hari ini Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa kemas kini untuk perisian EMUI 8.0 dan Android 8.0 boleh diterima oleh semua pengguna nova 2i mulai hari ini.

Kemas kini EMUI 8.0 mempertingkatkan keupayaan AI ke dalam pengalaman pengguna, di mana ia lebih pantas dan lebih mesra pengguna. Tambahan lagi sokongan seperti dok navigasi baru memudahkan anda meletakkan butang Home secara bebas di atas paparan skrin, bersama-sama dengan dok jalan pintas.

Baca Juga:

Berdasarkan pembelajaran mesin, EMUI 8.0 memperuntukkan sumber secara dinamik untuk memberikan lebih banyak memori CPU kepada aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna, dengan tujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar. Pengurusan memori yang rendah secara aktif menyusun semula ruang memori untuk mengurangkan pemecahan, dan memampatkan memori untuk menjimatkan ruang untuk aplikasi yang lebih penting.

Kepada pengguna Huawei Nova 2i, boleh mengemaskini sekarang!

Beli di sini:
Lazada >> goo.gl/2ckf68
Shopee >> goo.gl/3kiq38
11street MY >> goo.gl/FF3T6G
SENHENG Malaysia >> goo.gl/91FTWG

 

Ciri Eksklusif Face Unlock & AR Lens ↓↓↓

 

 

You might also like