
Rah Rah Rusia merupakan pertandingan bola sepak e-sukan yang dianjurkan oleh vivo. Pusingan pertama telah berlangsung di Pulau Pinang dan pemenang juga telah dipilih. Pertandingan ini menyediakan hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan penerbangan ke Rusia sempena temasya FIFA World Cup 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dalam pusingan pertama ini, dua pemenang telah dipilih, ia terdiri daripada seorang individu dengan nama samaran Marshmallow dan satu pasukan dengan nama NX_Dakota. Kedua-dua pemenang akan berentap di pusingan akhir yang akan berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Jika ada dikalangan anda yang mungkin terlepas untuk sertai pertandingan Rah Rah Rusia ini, anda masih berpeluang dan boleh hadirkan diri ke tempat-tempat seperti yang dinyatakan dibawah:
- Dataran Pahlawan Merdeka Megamall, Melaka – 28 April hingga 29 April 2018
- Kuantan City Mall, Pahang – 5 Mei hingga 6 Mei 2018
- Sunway Pyramid, Selangor – 11 Mei hingga 12 Mei 2018
Pemenang dalam setiap pusingan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 (pendahuluan), manakala pemenang untuk pusingan akhir akan menerima wang tunai bernilai RM5,000 serta trip ke Rusia untuk dua orang. Sementara, tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM1,000 untuk tempat ketiga dan keempat.
Untuk mendaftar, anda boleh layari laman rasmi Rah Rah Rusia.