Buat Tempahan OPPO F7 Sekarang, Berpeluang Bertemu Min Chen & Dapat OPPO F7 Percuma!

Sebelum ini OPPO telah membuka pra-tempahan OPPO F7 bermula 16 April sehingga 20 April dan berpeluang untuk mendapatkan kotak hadiah bernilai RM299. Pelanggan boleh membuat pra-tempahan dengan hanya deposit RM100 di kedai-kedai konsep OPPO seluruh Malaysia.

Satu kejutan buat anda! Kepada pelanggan ke-7, 77, 777 dan 7777 yang telah menempah OPPO F7 secara atas talian akan mendapat telefon pintar ini secara percuma!

Lebih menyeronokkan, ikon selfie yang disayangi ramai, Min Chen juga akan menghadiri jelajah pertama yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid, Orange Concourse. Di samping penampilannya, OPPO Malaysia juga ada menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan pada acara tersebut.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan OPPO F7 pada 16 April hingga 20 April 2018 berpeluang untuk berinteraksi di atas pentas bersama Min Chen pada jelajah pertama nanti.

OPPO F7 yang bakal bertemu pengguna di Malaysia akan dilengkapi kamera swafoto 25 Megapiksel bersama ciri bantuan kecerdasan-buatan (AI). Reka bentuk telah diberi nafas baru melalui skrin bertakuk berukuran 6.2 inci dengan nisbah 19:9 sesuai untuk menonton video dan bermain permainan mudah alih.

You might also like