

Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan kerjasama bersama Hong Leong Bank. Usaha sama ini membolehkan semua pelanggan pascabayar Celcom FIRST dan pemilik kad kredit Hong Leong berhak menikmati antara RM300 hingga RM800 dalam bentuk pulangan tunai (cash back) dan simpanan, apabila mereka membeli pakej peranti telefon pintar terkini daripada Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong terpilih. Sah sehingga 31 Julai 2018.
Rebat pakej peranti eksklusif Celcom merangkumi pembelian telefon pintar berjenama terkini seperti iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, Huawei P20, Samsung Galaxy S9 dan banyak lagi! Pengguna kad kredit Hong Leong juga berpeluang menikmati rebat tunai apabila mereka membeli pakej peranti Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong Sutera, GSC Gold / Platinum dan Infinite.

Di samping itu, pengguna juga akan menikmati rebat untuk Celcom Passport bernilai RM138 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya minimum RM2,000 dalam satu transaksi di luar negara menggunakan kad kredit Hong Leong. Pelan perayauan 7-day 3-in-1 pass tersebut membolehkan para pelancong menggunakan perayauan Internet 3GB, Panggilan Tanpa Wayar dan SMS di lebih 30 negara.
Untuk merebut tawaran ini, anda boleh sila layari laman rasmi Celcom atau berkunjung ke mana-mana Bluecube Celcom berdekatan untuk dapatkan telefon pintar terkini.
Para pelanggan juga boleh memohon kad kredit Hong Leong atau melawat mana-mana cawangan Hong Leong Bank.