
Pesan Makanan Terus Dari Google Maps
Kadang-kadang bila editor balik dari kerja ada la rasa malas sangat nak keluar balik cari makanan, rasa nak baring je atas katik tak nak gerak. Kalau korang pun rasa yang sama, lepas ni korang bukak je aplikasi Google Maps sebab dari aplikasi tu korang dah boleh terus pesan makanan.
Bila dah lancarkan aplikasi tu korang boleh cari mana-mana restoran terdekat, dan dengan kemas kini terbaru 4.24.0 (iOS) ada satu fungsi terbaru, “Place an Order” jika restoran tersebut menawarkan servis penghantaran ke rumah. So bolehlah korang lepak-lepak atas katil sambil menunggu makanan sampai.
Setakat ini fungsi ini hanya ditawarkan kepada aplikasi Google Maps untuk peranti iOS. Pengguna peranti Android pula perlu menunggu sedikit masa lagi untuk mendapatkan fungsi ini.