OPPO Find X2 Bakal Dijana Snapdragon 865 & Sokongan Kamera Lebih Baik? Muncul Pada Q1 2020?

OPPO adalah sebuah syarikat yang sering berinovasi dalam dunia peranti pintar pada setiap tahun. Nampaknya, OPPO bakal terus memberi yang terbaik pada tahun 2020 apabila mereka dijangka memperkenalkan sebuah lagi peranti perdana dalam siri Find X yang dikenali sebagai OPPO Find X2.

Peranti ini dijangka muncul pada suku pertama 2020 dan dikatakan bakal menjadi yang pertama dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 865 – sekaligus menjadi peranti pintar dengan sokongan 5G.

Satu lagi kemuncak peranti ini terletak pada sokongan kameranya dan OPPO berkemungkinan memberi tumpuan yang lebih kepada fotografi pada pencahayaan rendah. Memetik sumber, peranti ini bakal menyertakan lensa dengan Lensa ini menggunakan teknologi 2×2 On-Chip Lens Solution. Sensor ini dikatakan berbeza dengan sensor lain kerana ia bantu auto-fokus menjadi lebih baik dan pantas.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan banyak maklumat lanjut mengenai smartphone ini yang belum dikongsi. Mungkin kita bakal mendengar pelbagai butiran lanjut pada masa akan datang. Oleh itu, tunggu!

You might also like