Maxis ‘Endangered Malaysians’ – Sokong Pemuliharaan Haiwan Terancam

Sempena bulan kemerdekaan ini, Maxis dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melancarkan projek Endangered Malaysians, satu inisiatif bertujuan meraikan rakyat Malaysia dengan menyokong pemuliharaan haiwan terancam di Negara.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Maxis turut bekerjasama dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia bagi mengabadikan serta meraikan haiwan – haiwan tersebut melalui kuasa teknologi dan fotografi.

Gambar 1 : Gajah
Gambar 2 : Orang Utan
Gmabar 3 : Tapir

Foto-foto tersebut akan dikongsi menerusi laman web dan laman rasmi FB Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KamiRakyatMalaysia bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam melindungi haiwan-haiwan terancam ini.

Berikut adalah cara untuk berkongsi ikrar anda:

  • Layari laman rasmi Maxis
  • Klik pada butang “Make A Pledge” di laman web.
  • Tunggu sehingga munculnya pop-up dengan pilihan untuk berkongsi foto dan ikrar pada profil Facebook anda.
  • Ikrar tersebut akan disertakan dengan hashtag rasmi #KitaRakyatMalaysia.
  • Untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN ke arah usaha pemuliharaan mereka.
You might also like