Sempurnakan Swafoto Anda Dengan vivo V5Plus

Anda sering mencuba untuk berswafoto dengan baik, tetapi setiap kali rakaman diambil pasti ada yang tidak kena. Bukan itu sahaja, apabila melihat foto-foto artis di laman Instagram mereka, pasti anda persoalkan bagaimana gambar yang diambil jelas dan terang. Jawapan yang sudah pasti anda mampu jawab ialah, jenis apakah kamera yang digunakan?

Dalam soal ini, vivo sangat komited ingin mengesyorkan anda sebuah telefon pintar dengan fungsi Selfie Softlight yang dapat membantu setiap rakaman menjadi lebih baik dan sempurna. Dilengkapi dengan dwi kamera depan 20 Megapiksel, vivo V5Plus menggunakan sensor IMX376 dari Sony mampu mengambil gambar bokeh dengan lebih terperinci.

Baca juga: Reviu Eksklusif: vivo V5Plus, Smartphone Pertama Tampilkan Dwi Kamera Hadapan Untuk Swafoto Sempurna

Malah, penggambaran di waktu malam lebih terang walaupun kamera depan dilengkapi dengan 8 Megapiksel sahaja. Ciri unik Selfie Softlight yang didatangkan pula dapat memberikan efek cahaya bak di dalam studio professional.

Perkakasan dalaman vivo V5Plus hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, Funtouch OS3.0 dan kuasa dari pemrposes 2GHx Snapdragon 625. Sistem hiburan seperti mendenga lagu dan menonton video dibekalkan dengan Hi-Fi jenis AK4376.

Rebut peluang ini dan dapatkan vivo V5Plus pada harga yang menarik sehingga 6 Ogos depan.

https://ering.com.my/2017/07/pasti-terbaik-beli-vivo-v5plus-dan-dapatkan-5-ganjaran-terhebat/

 

You might also like