OPPO Membuka Stor Flagship Di KLCC – Pertama Di Asia Tenggara

(Dari kiri) OPPO Dealer, KLCC Sales Marketing Director (Gary Hor), OPPO Brand Director (Chen Lu), OPPO Dealer, OPPO Concept Store GM (Dany Ding), OPPO Dealer, OPPO Sales Director (Garry Gong), OPPO KL North Region Manager (Bruce Yan)

OPPO yang sudah menempa nama di Malaysia sejak sekian lama kini meluaskan pasarannya dengan membuka kedai flagship mereka di Suria KLCC, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Terletak di tingkat 3 pusat membeli belah terkemuka di ibu kota, stor ini menawarkan jualan pelbagai peranti OPPO termasuk perkhidmatan yang istimewa.

Sudut pencetakan gambar khusus untuk telefon berkamera OPPO

Sebaik melangkah masuk, pelanggan boleh merasai suasana kedai yang menarik yang dihiasi gabungan bahan aluminium berwarna perak dan sentuhan kayu oak putih. Kerusi sofa yang disediakan juga dapat memberikan pelanggan pengalaman santai semasa membeli ataupun menunggu.

Ukiran laser di belakang telefon

Selain itu, pelanggan juga ditawarkan sudut pencetakan gambar khusus untuk telefon berkamera OPPO, selain ukiran laser di belakang telefon tidak dikenakan sebarang cas.

Pengguna OPPO R9s gembira mendapat servis ukiran laser pada perantinya tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan penuh atau maklumat OPPO yang lebih terperinci, boleh kunjungi Kedai Flagship ini di Lot 317-318 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

You might also like