Rancangan Tempatan Pertama iflix OI! Jaga Mulut Disiarkan

iflix, sebuah syarikat penstriman video yang popular, kini membawakan satu rancangan komedi bertajuk OI! Jaga Mulut khas buat penonton-penonton di Malaysia bermula minggu ini. Rancangan ini juga adalah yang sulung diterbitkan oleh iflix sendiri, menggandingkan pengacara terkenal, Haniff Hamzah.

OI! Jaga Mulut yang dibintangi artis komedi tanah air pelbagai bangsa akan ditayangkan setiap hari Isnin eksklusif hanya di iflix. Dalam masa sama, iflix juga mengumumkan mereka telah mencatatkan sebanyak 5 biilion tontonan dengan 5 juta pengguna semenjak ditubuhkan. Di samping itu, perkhidmatan ini juga boleh didapati di 18 negara di rantau Asia termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara.

Sehubungan dengan itu, anda yang berminat untuk menonton rancagan ini perlu melanggan iflix dengan bayaran tertentu dan juga diingatkan penstriman video iflix memerlukan data kuota yang tinggi.

Muat Turun:
You might also like