Jaben Adakan Jualan Runtuh Untuk Produk Audio di Nu Sentral

2016
- Iklan -

2Jaben merupakan pengedar aksesori audio berkualiti tinggi yang sememangnya terkenal di Kuala Lumpur. Bagi memberikan pengalaman berhibur yang menyeronokkan kepada pengguna, Jaben akan mengadakan jualan promosi istimewa pada hujung minggu ini. Pelbagai jenama headphones terkenal boleh didapati di antaranya adalah Audio-Technica, Beyerdynamic, Sennheiser, JVC, Sony, Jaybirds, Bose, Shure, JH Audio, Ultimate Ears, Advanced Acousticwerkes dan juga Fit Ear.

6Pengunjung boleh meluangkan masa untuk mencuba sendiri pelbagai produk yang tersedia tanpa sebarang gangguan. Selepas berpuas hati, anda boleh membuat tempahan khas mengikut citarasa sendiri.

Promosi akan diadakan di cawangan Jaben, Nu Sentral bermula dari Jumaat, 23 September 2016 sehingga Ahad, 25 September 2016. Lebih istimewa, tawaran diskaun banyak 70% untuk produk terpilih serta harga runtuh bagi model Beyerdynamic’s DTX 41 IE menanti anda!