Basikal Pintar Mungkin Menjadi Produk Terbaru Keluaran Xiaomi

27ca09bb7eb5ea6.png_600x600Ekosistem Mi mempunyai pelbagai peranti dan juga perkakasan pintar, dan tidak lama lagi satu lagi produk dalam kelas baru bakal hadir untuk anda semua.Berdasarkan gambar teaser yang dikongsikan di dalam forum MIUI, nampaknya pengeluar produk teknologi China itu berkemungkinan besar akan melancarkan basikal pintar tidak lama lagi.

Tarikh 23 Jun dipilih Xiaomi untuk memperkenalkan produk ini dan pada hari tersebut barulah kita dapat melihat apakah produk sebenarnya yang digambarkan di dalam gambar teaser. Desas-desus kuat mengatakan ianya sebuah basikal pintar kerana sebelum ini Xiaomi pernah membuat pelaburan di dalam syarikat yang membangunkan basikal pintar.

 

You might also like