Google Kini Menjadi Doktor Peribadi Anda!

2.1Carian Google telah menjadi salah satu servis terpenting pada era teknologi, manusia bergantung kepada carian Internet tersebut untuk mendapatkan pelbagai informasi penting, ini termasuklah dalam hal-hal kesihatan bagi mendapatkan diagnosis awal.

Bagi memudahkan anda, Google telah mengemas kini servis carian berkaitan kesihatan mereka. Menurut Google, jutaan carian dilakukan setiap hari berkaitan simptom penyakit dan hasil carian yang diterima pengguna kadang kala mengelirukan kerana terdapat banyak penyakit yang berkongsi simptom yang sama.

Oleh itu Google telah mengemas kini sistem carian informasi berkenaan kesihatan, apabila anda melakukan carian simptom ia akan mengeluarkan satu senarai khas penyakit dan anda boleh melakukan carian yang lebih terperinci melalui senarai tersebut.

Selain itu anda juga akan menerima informasi tentang rawatan sendiri di rumah dan nasihat perubatan yang diiktiraf. Google bekerjasama dengan pakar perubatan bagi membangunkan sistem dan informasi pada sistem carian kesihatan ini, supaya anda boleh menjaga kesihatan anda dengan lebih baik.

You might also like