
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini menyediakan tawaran sepanjang hayat bagi pelan nilai terbaik dikhaskan untuk pelanggan orang kelainan upaya (OKU). Melaluinya, pelanggan boleh nikmati pelan Digi pada harga serendah RM28/bulan untuk 6GB data.
Pelanggan yang memiliki kad orang kurang upaya yang sah, layak untuk menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk seumur hidup – mendaftar dengan mana-mana pelan Digi postpaid. Lebih menarik, setiap pelan menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi mana-mana Digi Store di seluruh Malaysia. Mesra diingatkan, kad pengenalan dan kad OKU perlu dibawa bersama sewaktu pendaftaran. Maklumat lanjut, sila layari Digi.