
Minggu lalu OPPO mengumumkan bahawa peranti R9s bakal hadir ke dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi. OPPO R9s merupakan produk yang sedikit berbeza dari majoriti produk OPPO pada tahun ini yang lebih fokus kepada sebuah peranti dengan kemampuan selfie. Kali ini OPPO mahu menawan pengguna dengan kemampuan kamera belakang 16 megapiksel yang dikatakan mampu menangkap gambar dengan kualiti terbaik.
Pada 1 Januari 2017 nanti, OPPO bakal memperkenalkan duta produk R9s dengan kata kunci “Lee”, jadi ada mana-mana pembaca kami yang tahu siapa dia dengan kata kunci “Lee” ini? Mari kita tunggu dan lihat!
Sementara menunggu peranti ini dilancarkan, OPPO juga telah memperkenalkan dua wajah baru yang akan menjadi penghias utama kempen dan promosi OPPO R9s. Fattah Amin dan Min Chen akan bekerjasama dengan OPPO dalam memasarkan R9s apabila ia dilancarkan kelak. OPPO yakin personaliti mereka yang positif boleh menyumbang kepada imej jenama sekaligus membolehkan OPPO mendekati pengguna di Malaysia.