
Nexus 6 Bakal Mendapat Android Nougat 7.1.1 Dalam Bulan Januari
Jika anda salah seorang pemilik Nexus 6 dan sedang menunggu kemas kini Android Nougat 7.1.1, kami ada berita baik untuk anda. Menurut satu kenyataan daripada Google, kemas kini Android Nougat 7.1.1 OTA (over-the-air) akan disediakan untuk Nexus 6 dengan versi Nougat pada awal Januari 2017.
Menurut satu laporan berasingan, Google berkata, kelewatan Android Nougat 7.1.1 untuk Nexus 6 adalah disebabkan oleh masalah bug di dalam sistem operasi tersebut yang khusus ada di dalam Nexus 6. Masalah tersebut telah diselesaikan dan kemas kini OTA untuk semua pemilik Nexus 6 bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Kami masih tidak pasti tarikh tepat untuk kemas kini tersebut, tetapi kami akan pastikan untuk memaklumkan kepada anda apabila ianya sudah tersedia kelak.