
Adakah anda bersedia untuk menemui OPPO R9s terbaru? Peranti ini akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi!
2016 menyaksikan tren peranti yang mengetengahkan kemampuan “Selfie” dan menjelang 2017, ramai yang menjangkakan tahun baru ini akan menjadi tahun fotografi mudah alih yang merupakan aspek utama dalam penghasilan dan penjualan peranti.
• Gambar yang diambil sekitar bandaraya Kuala Lumpur
Jadi mari kita letakkan selfie ke tepi buat masa ini, dan kenali OPPO R9s yang dilengkapi kamera belakang yang bagus untuk ‘point and shoot‘. Bagi memperlihatkan kebolehan OPPO R9s, wakil syarikat tersebut telah berjalan-jalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan mencuba kamera OPPO R9s.
OPPO R9s dilengkapi kamera 16MP dengan Dual PDAF dan aperture F/1.7, spesifikasi yang mampu bersaing dengan kamera-kamera lain di pasaran. Kami kongsikan beberapa keping gambar yang diambil oleh wakil OPPO menggunakan OPPO R9s.
• Gambar yang diambil sekitar bandaraya Kuala Lumpur