
Bagi anda yang baru sahaja bermain Super Mario Run atau masih cuba mahirkan diri dengan permainan ini, kami akan kongsikan beberapa tip yang kami rasakan berguna untuk anda.
-
Guna blok rehat sekerap mungkin untuk merancang pergerakan
Di dalam permainan anda dapat melihat sesetengah blok berwarna merah. Blok ini boleh anda gunakan untuk berhenti sebentar di dalam permainan dan kami sarankan gunakan ia sekerap mungkin di dalam level permainan yang sukar untuk anda merancang pergerakan karakter.
-
Lompat melepasi musuh untuk menggandakan ketinggian lompatan
Mario dan watak-watak lain dalam permainan ini secara automatik boleh melepasi halangan atau musuh yang rendah. Namun anda boleh menggunakan halangan ini untuk menggandakan ketinggian lompatan dengan tap skrin apabila anda betul-betul berhadapan dengan mereka.
-
Main permainan ketika peranti disambungkan ke WiFi
Beberapa pengguna sudah pun menyuarakan masalah penggunaan data Internet yang berlebihan apabila bermain permainan Super Mario Run yang sentiasa memerlukan sambungan Internet aktif. Kami sarankan anda bermain permainan ini ketika peranti tersambung ke WiFi bagi mengelakkan kuota data Internet anda disedut secara berlebihan.
-
Guna blok khas untuk tukar arah larian
Walaupun Super Mario Run tidak memberikan pemain kawalan secara langsung ke atas arah pergerakan watak, terdapat beberapa unsur-unsur permainan yang memungkin anda menukar arah larian. Blok dilabel dengan anak panah muncul dalam peringkat tertentu, ia boleh digunakan supaya Mario bergerak ke arah anak panah yang ditunjuk. Ini boleh membantu untuk mengumpul item yang mungkin terlepas semasa watak berlari.
-
Gunakan spin untuk menambah ketinggian lompatan
Ketika berada di ketinggian maksimum semasa lompatan, tap skrin untuk berpusing di udara yang sekali gus menambah ketinggian lompatan.
-
Gunakan dinding untuk mengutip syiling
Mana-mana peminat Nintendo yang yang bermain Super Mario tahu bahawa lompatan dinding adalah satu aspek yang penting untuk mengutip item di dalam permainan. Tap skrin apabila watak anda mendekati dinding dan apabila berada di antara dinding anda boleh ulang kali tap skrin untuk melompat di antara kedua-dua dinding.
-
Swipe ke kiri semasa melompat untuk membatalkan pergerakan
Pemain mendapat sedikit kawalan ke atas pergerakan watak mereka semasa melompat. Namun jika ia tidak disengajakan dan anda ingin membatalkan lompatan, anda boleh swipe ke kiri untuk membatalkan lompatan anda.
-
Guna belon untuk bergerak ke belakang
Apabila Mario dan watak-watak dimainkan lain tercedera, mereka akan diletakkan di dalam belon yang menggerakkan pemain ke belakang dan membuang beberapa syiling pemain. Walaupun begitu, belon ini boleh membantu jika anda ingin patah kembali untuk mendapatkan syiling merah jambu atau ungu yang anda terlepas.
Syiling khas ditempatkan secara strategik di kawasan yang sukar untuk dicapai, dan jika pemain mengumpul semua syiling berwarna dalam satu jangka, mereka akan menerima Rally Tickets sebagai ganjaran. Tiket ini boleh digunakan untuk mengakses mod Toad Rally.
-
Dapatkan Luigi, Peach dan lain-lain
Dapatkan karakter lain untuk anda gunakan, karakter selain Mario mempunyai pergerakan tersendiri yang boleh membantu anda di dalam permainan.










