Jabra Lancar Evolve 65e, Generasi Kedua Earbuds Tanpa Wayar Dengan Pensijilan UC Bagi Bunyi Yang Sangat baik!!!

957
- Iklan -

Jabra baru-baru ini mengumumkan pelancaran terbaharu Evolve 65e yang merupakan neckband earbuds yang lembut serta ringan namun berkuasa dan akan tersedia pada April 2019. Berikut merupakan harga yang ditawarkan bagi Evolve 65e ini.

  • Evolve 65e MS USB/BT & Link 370 (dongle): RM1799
  • Evolve 65e UC USB/BT & Link 370 (dongle): RM1799

Evolve 65e ini direka untuk memberikan bunyi yang sangat baik dan pada masa yang sama menyokong penggunaan Skype bagi memastikan pengguna dapat mendengar bunyi dengan sangat jelas sama ada ketika mendengar muzik atau ketika bekerja.

Baterinya mampu untuk bertahan selama 8 jam ketika bercakap dan 13 jam ketika mendengar muzik. Earbuds ini didatangkan dengan Jabra Link 370 USB Bluetooth adapter, yang membenarkan sambungan serentak ke komputer riba anda atau PC dan telefon pintar anda.

Dengan jarak tanpa wayarnya adalah 30m bagi PC dan 10m bagi telefon pintar, pastinya membuatkan pengguna tidak terlepas sebarang panggilan penting. Jika anda tidak mahu diganggu, tukar kepada ‘busylight’ yang menjadi lambang kepada ‘jangan ganggu’.