
Rupa Para HUAWEI Nova 8 Terdedah? Hadir Dengan 4 Kamera!! – Betul Ke Ni?
Dalam satu maklumat terdedah di laman sesawang Weibo, memperlihatkan satu peranti yang dikhabarkan milik HUAWEI Nova 8?

Peranti ini dikatakan tampil dengan skrin 6.57″ FHD+ dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz.
Dari aspek dalaman pula, dikatakan ia bakal hadir dengan pemproses Kirin 985.
Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera utama dan 32MP bagi kamera hadapan.

Bateripula adalah 3700mAh terbina dalam, menyokong pengecasan super cepat 66W.

