
SUSE Melantik Pengarah Urusan yang Pertama untuk Asia Tenggara
![]() |
SINGAPURA, 16 Disember 2020 /PRNewswire/ — SUSE®, peneraju global dalam penyelesaian sumber terbuka yang sebenar, hari ini mengumumkan pelantikan Isabella Kusumawati sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan untuk Asia Tenggara. Pelantikan tersebut dibuat susulan kejayaan keputusan suku keempat SUSE yang menyaksikan pertumbuhan global yang berterusan, serta memuktamadkan pengambilalihan Rancher Labs.
Sebagai pengarah urusan baharu untuk Asia Tenggara, Kusumawati bertekad untuk meningkatkan hasil secara signifikan di rantau ini dalam masa tiga tahun yang akan datang, sebahagian besarnya melalui pengambilan rakan kongsi dan bakat terbaik untuk memanfaatkan pasaran dan peluang yang belum diteroka di rantau ini.
Menurut Kajian Perniagaan Harvard tentang “The Platform Revolution in Southeast Asia,” Asia Tenggara merupakan salah satu pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di dunia. Tetapi perusahaan, peruncit besar dan jenama di Asia Pasifik adalah ketinggalan dalam strategi platform mereka dan mendedahkan mereka kepada risiko persaingan. Pada masa yang sama, laporan Nielsen tentang “What’s Next in Southeast Asia” menyebut Asia Tenggara sebagai rantau yang bakal mengalami pertumbuhan pasaran tertinggi pada masa akan datang. Ia merupakan pasaran memuncul yang merangkumi 2.6% daripada keluasan tanah global dan tempat tinggal kepada 8.3% penduduk di dunia. Penduduk yang berkembang pesat berserta pertumbuhan KDNK yang stabil dan ketersambungan digital yang tinggi meningkatkan keinginan terhadap lebih banyak inovasi di rantau ini.
“Pelanggan kami menginginkan pilihan; mereka mahukan teknologi terbuka yang membantu dalam pemacuan hasil perniagaan mereka,” kata Kusumawati. “Kami kini sedang melaksanakan pengambilan pekerja secara agresif kerana kami ingin mengembangkan pasukan untuk membantu pelanggan, komuniti dan rakan kongsi kami memanfaatkan penyelesaian sumber terbuka. Dalam persekitaran perniagaan masa kini, transformasi digital adalah sangat penting dan sumber terbuka memainkan peranan utama yang memberi asas yang kukuh dalam landskap IT moden, serta kecekapan dan inovasi kos. Kecenderungan perusahaan memanfaatkan teknologi sumber terbuka akan meningkat secara drastik buat kali pertama kerana ia membolehkan syarikat membangunkan ekosistem yang dapat memajukan inovasi dengan lebih cepat, membolehkan penskalaan, kebolehsesuaian dan ciri tambahan baharu buat julung-julung kali yang menyokong perubahan trend dan permintaan pelanggan.”
Phillip Miltiades, Presiden SUSE Asia Pasifik & Jepun berkata, “Isabella membawa bersama pengalaman yang luas dalam pembangunan organisasi jualan yang sangat kompetitif ke dalam SUSE. Beliau mahir dalam membuka peluang yang belum diteroka dan menyokong hasil perniagaan pelanggan melalui penyelesaian teknologi. Dengan ekonomi digital di Asia Tenggara yang berkembang pesat, saya yakin di bawah kepemimpinan Isabella bahawa beliau akan berjaya meningkatkan pasaran dan mengembangkan perniagaan SUSE.”
Kusumawati ialah seorang pemimpin kanan jualan yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun yang meraih kejayaaan dalam pengurusan penjualan, termasuk pembangunan pasaran dan perniagaan baharu untuk syarikat teknologi terbesar seperti Salesforce, SAP, Oracle dan Microsoft. Beliau ialah seorang ahli yang aktif dalam Business Women Network dan merupakan duta tempatan kepada Women in Technology (WIT) SUSE bagi rantau Asia Pasifik, Jepun dan China.
Tentang SUSE
SUSE ialah peneraju global dalam inovasi sumber terbuka yang sebenar, serta bekerjasama dengan rakan kongsi, komuniti dan pelanggan untuk menghasilkan dan menyokong penyelesaian perisian sumber terbuka yang kukuh. Penawaran wadah dan awan Linux, Kubernetes SUSE yang terkemuka di pasaran membolehkan pelanggan menginovasi di mana-mana sahaja – dari pusat data, ke awan, ke pinggir dan seterusnya. SUSE mengembalikan ciri “terbuka” ke dalam sumber terbuka, memberikan ketangkasan kepada pelanggan untuk menghadapi cabaran inovasi masa kini dan kebebasan untuk mengembangkan strategi dan penyelesaian pada masa hadapan.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Segala pernyataan dalam siaran akhbar ini mengenai jangkaan, rancangan dan prospek masa depan bagi syarikat, termasuk pernyataan yang mengandungi kata-kata “matlamat,” “sasaran,” “akan,” “percaya,” “diharapkan,” “rancang,” “dijangka,” dan ungkapan serupa, mungkin merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan dan harus dibaca dengan berhati-hati. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang ditunjukkan oleh pernyataan berpandangan ke hadapan disebabkan pelbagai faktor penting, termasuk landskap persaingan, perkembangan rundingan pelanggan, pergantungan pada hubungan pelanggan, pengurusan pertumbuhan dan pengambilalihan, kemungkinan masalah perisian yang tidak dapat dikesan, risiko kesan pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi, tekanan harga dan daya maju Internet. Di samping itu, sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan yang disertakan di sini mewakili pandangan pada tarikh siaran akhbar ini dan pandangan ini boleh berubah. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini boleh berubah dan tidak boleh dipercayai sebagai mewakili pandangan Syarikat pada tarikh selain daripada tarikh siaran akhbar ini.
Copyright 2020 SUSE LLC. Hak Cipta Terpelihara. SUSE dan logo SUSE ialah tanda dagangan berdaftar SUSE LLC di Amerika Syarikat dan di negara-negara lain. Semua tanda dagangan pihak ketiga ialah hak milik kepada pemilik masing-masing.
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/suse-melantik-pengarah-urusan-yang-pertama-untuk-asia-tenggara-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/suse-melantik-pengarah-urusan-yang-pertama-untuk-asia-tenggara.jpg
Source: PRNEWSWIRE


