
OPPO hari ini membawa berita gembira buat peminat setianya apabila mengumumkan bahawa pewaris baru mereka iaitu siri OPPO Reno bakal di bawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi!

Perkara ini didedah oleh pihak OPPO sendiri menerusi sebuah kenyataan media. Paling menarik perhatian, penggunaan perkataan “siri OPPO Reno” seolah-olah memberi bayangan OPPO bakal hadir dengan lebih daripada satu versi untuk model tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak OPPO masih berteka teki mengenai tarikh rasmi dan ketersediaan model tersebut untuk pasaran Malaysia. Stay tuned bersama eRing untuk lebih info terkini!

