Apple iPad Pro – Bingkai Lebih Nipis! Tawaran Harga Bermula RM3,499

737
- Iklan -

Apple baru sahaja merasmikan tablet terbaru mereka iaitu iPad Pro, kali ini tablet ini tampil lebih segar kerana rekaan bingkai skrin yang lebih nipis berbanding sebelumnya. Ditawarakan dalam 2 varian iaitu 11 inci dan 12.9 inci, iPad Pro menggunakan cip pemproses Apple A12X Bionic 7nm yang pertama di dunia dalam arena tablet.

iPad Pro hadir dengan kamera utama beresolusi 12MP dengan sokongan aperture f/1.8 dan Quad-LED true tone flash, lensa ini juga menyokong rakaman video setinggi 4K. Manakala untuk kamera hadapan ia terletak di bahagian bingkai skrin, iPad Pro menekankan sistem kamera TrueDepth ini terdiri daripada pelbagai teknologi inovatif.

Selain 7MP kamera yang boleh digunakan untuk FaceTime, sokongan sistem keselamatan Face ID pada iPad Pro juga telah dipertingkatkan dengan pengimbasan yang lebih unik, tepat dan pantas, bahkan lampu inframerah juga memudahkan peranti mengenal wajah anda walaupun dalam kegelapan.

Kapasiti bateri iPad Pro 11 inci adalah 29.37W, sementara 12.9 inci menggunakan 36.71W bateri. Menurut Apple, ketahanan bateri tablet ini mampu mencecah sehingga 10 jam. Sokongan USB Type-C akhirnya muncul pada iPad Pro baharu, walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi jelasnya kerja penyambungan akan menjadi lebih mudah.

Satu lagi keistimewaan pada perkenalan iPad Pro kali ini adalah sokongan Apple Pencil, ia selain memudahkan kerja melukis dan menulis, sistem magenetik pada pencil ini juga sangat menarik di mana anda boleh mengecas terus apabila pencil ini diletakkan pada iPad Pro.

Apple Pencil ini tidak disertakan sekali dalam pakej pembungkusan, anda boleh beli secara berasingan dengan tawaran harga RM549. Bagi peminat tegar, anda boleh membeli menerusi laman rasmi Apple dengan merujuk tawaran harga seperti di bawah:

iPad Pro 11”

WiFi
  • 64GB: RM3,499
  • 256GB: RM4,149
  • 512GB: RM4,999
  • 1TB: RM6,699
WiFi + Selular
  • 64GB: RM4,149
  • 256GB: RM4,799
  • 512GB: RM5,649
  • 1TB: RM7,349

iPad Pro 12.9”

WiFi
  • 64GB: RM4,349
  • 256GB: RM4,999
  • 512GB: RM5,849
  • 1TB: RM7,549
WiFi + Selular
  • 64GB: RM4,999
  • 256GB: RM5,649
  • 512GB: RM6,499
  • 1TB: RM8199