Reviu Eksklusif: TP-LINK neffos C5 Max Spesifikasi Dipertingkatkan

TP-LINK neffos C5 Max 2

HARGA: RM699

Sebelum ini, eRing pernah reviu model terbaru keluaran TP-LINK iaitu neffos C5. Kini sebuah lagi model diperkenalkan dengan nama sama tetapi ditambah perkataan ‘Max’ dibelakangnya. Berbeza dengan model keluarannya sebelum ini, Neffos C5 Max menampilkan sokongan spesifikasi yang lebih baik dengan paparan skrin lebih besar beresolusi 1080p, peningkatan lensa yang lebih tinggi pada kedua-dua kamera, dan juga pemproses yang lebih berkuasa. Dengan harga mampu milik, Neffos C5 Max menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui.

SPESIFIKASI
  • Sistem Operasi : Android 5.1 Lollipop
  • CPU : MediaTek MT6753, Octa Core 1.3GHz
  • Kad SIM : Dual SIM / micro SIM
  • Kamera Utama : √ (13 Megapiksel)
  • Flash : √ (dual LED flash)
  • Auto Fokus : √
  • Kamera Depan : √ (5 Megapiksel)
  • Radio FM : √
  • Bluetooth : √ (v4.0)
  • WiFi : √
  • NFC : X
  • LTE : √
  • Memori : 16GB ROM & RAM 2GB
  • Warna : Putih & Kelabu

PERBANDINGAN FIZIKAL

Paparan skrin1

Sesuai dengan namanya ‘Max’, neffos C5 Max tampil dengan paparan skrin lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD penuh 1920×1080 piksel. Ia mampu memaparkan imej dengan baik melalui sokongan kepadatan piksel yang mencecah hampir 403.4 ppi. Walau bagaimanapun, bahagian bawah paparan skrin telah digunakan bagi menempatkan butang kawalan jenis on-screen.

Panel Belakang2

Panel belakang neffos C5 Max kelihatan agak sama dengan neffos C5, cuma lampu LED flash yang terletak di bahagian kiri berbanding kanan pada model sebelumnya. Pada bahagian atas telah ditempatkan lensa utama beresolusi 13 Megapiksel dengan sokongan dual LED flash. Manakala pada bahagian bawah pula boleh ditemui lubang speaker yang menyokong kekuatan audio yang baik walaupun diletakkan pada permukaan rata.

Slot Kad & Bateri3

Berbeza dengan neffos C5, di mana anda hanya perlu mengeluarkan bateri dari slotnya terlebih dahulu untuk mengakses ketiga-tiga slot yang hadir secara berasingan itu. Tetapi dengan neffos C5 Max, pengguna hanya perlu membuka penutup bateri untuk mengakses slot kad SIM dan kad microSD tanpa perlu mengeluarkan bateri kerana peranti menyokong fungsi hot-swap.

CIRI-CIRI MENARIK

Themes1

Sokongan aplikasi Themes berupaya menjadikan neffos C5 Max anda tampil dengan antaramuka yang lebih menarik. Selain dilengkapi dengan pelbagai pilihan tema pra-pasang, anda juga boleh menukarkan imej latar, paparan lockscreen, dan juga jenis fon secara berasingan. Walau bagaimanapun, ada di antara tema tersebut yang perlu dibayar sebelum boleh dimuat turun.

System Management2

Tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga, anda kini boleh menguruskan peranti dengan bantuan aplikasi System Management. Terdapat enam menu utama disediakan iaitu pengurusan aplikasi, pembersihan memori, penjimatan bateri, penjimatan data, kebenaran aplikasi, dan juga pengurusan notifikasi.

Hidden Apps3

Antaramuka neffos C5 Max juga turut disediakan dengan satu fungsi yang membolehkan anda untuk menyembunyikan aplikasi daripada dipaparkan pada paparan skrin. Untuk mengakses fungsi tersebut, anda hanya perlu meleretkan dua jari pada paparan skrin dan klik sahaja pada ikon “+” untuk memilih aplikasi yang ingin disembunyikan.

Private Album4

Selain boleh menyembunyikan aplikasi, anda juga boleh menyembunyikan album yang tidak ingin dilihat oleh mereka yang menggunakan smartphone anda. Caranya juga sama seperti Hidden Apps, hanya perlu meleretkan dua jari pada album, kemudian setkan kata laluan untuk peringatan anda. Selepas berjaya set kata laluan, anda juga perlu set soalan dan jawapan lain untu

HASIL GAMBAR

OUTDOOR
OUTDOOR

KOMEN EDITOR

Jika anda inginkan sebuah smartphone berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD penuh serta harga yang mampu milik, neffos C5 Max ini boleh dipertimbangkan. Tidak dinafikan spesifikasi yang disokong oleh neffos C5 Max bukanlah yang terbaik di pasaran, tetapi ianya boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki jika soal harga diambil kira. Sokongan pemproses berkeupayaan 64-bit Octa Core, RAM 2GB, memori dalaman sebesar 16GB, lensa penggambaran utama 13 Megapiksel dengan dual LED flash serta bateri berkapasiti 3,05mAh sudah cukup untuk memastikan kelancaran pengoperasian smartphone ini. Lebih menariknya, neffos C5 Max turut menyokong aplikasi pra-pasang yang berguna dan juga fungsi untuk menyembunyikan aplikasi dan Private Album dengan kaedah leretan dua jari pada paparan skrin.

You might also like