Siap Sedia Beraksi Dengan Kamera Aksi Nikon, KeyMission

1408
- Iklan -
1
KeyMission 360

Perhatian buat peminat kamera aksi di Malaysia! Barisan peranti kamera aksi KeyMission dari Nikon kini sudah sah dilancarkan di Malaysia. Nikon sememangnya satu nama yang cukup hebat dari segi kemampuan dan teknologi optikal mereka, dengan penawaran produk baru ini, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kamera aksi yang mampu memberikan kualiti imej yang baik tanpa kompromi ketika melakukan aktiviti kegemaran mereka.

4
Rakaman video 360 darjah dalam format 4K

Nikon menawarkan sebanyak 3 variasi pada siri model KeyMission. Yang pertama adalah model kamera aksi flagship KeyMission 360 yang seperti anda boleh teka dari namanya mampu merakam video 360°, dalam format 4K! Ya, kini anda boleh merakam video 360° super berkualiti.

Fungsi Utama KeyMission 360:

  1. Rakaman 360° dalam resolusi 4K yang merangkumi pemandangan melintang dan menegak dari semua arah.
  2. Tahan lasak, kalis air sehingga kedalaman 30 meter, kalis impak sehingga 2 meter, tahan cuaca ekstrem (sehingga -10°C) dan kalis debu.
  3. Kemampuan editing yang sangat baik yang boleh diserasikan dengan aplikasi SnapBridge 360/170.2

Selain dari kamera aksi flagship, Nikon juga menawarkan dua variasi kamera aksi, KeyMission 170 dan KeyMission 80. Kedua-dua kamera ini juga tahan lasak dan mampu merakam imej aksi pantas dengan baik.

5
KeyMission 170

Fungsi Utama KeyMission 170:

  1. Dilengkapi fungsi VR dan menyokong rakaman 170 darjah wide angle dengan resolusi 4K.
  2. Tahan lasak, kalis air sehingga kedalaman 10 meter, kalis impak sehingga 2 meter, tahan cuaca ekstrem (sehingga -10° C) dan kalis debu.
  3. Kemampuan editing yang sangat baik yang boleh diserasikan dengan aplikasi SnapBridge 360/170.
  4. Mod rakaman Slow Motion, Movie + Photo, Superlapse Movie, Loop Recording dan Time-lapse Movie.8
11
KeyMission 80

Fungsi Utama KeyMission 80:

  1. Kawalan mudah satu tangan sahaja.
  2. Tahan lasak, kalis air sehingga kedalaman 1 meter, kalis impak sehingga 1.5 meter, tahan cuaca ekstrem (sehingga -10° C) dan kalis debu.
  3. Lensa selfie.
  4. Mod rakaman Time-lapse Movie dan Route Shooting.12