ThundeRobot 911 Air , Laptop Gaming Hadir Dengan Spesifikasi Mantap

Baru-baru ini ThundeRobot telah melancarkan sebuah komputer riba terbaharu mereka iaitu ThundeRobot 911 Air. Namun apa yang menarik perhatian kami adalah kemasan brused metal digunakan pada panel penutup membuatkan 911 Air kelihatan bergaya.

Kalau sudah namanya produk gaming, maka spesifikasi dalaman juga harus mantap kan? Untuk pengetahuan semua, 911 Air dijana oleh cip pemproses cip Intel Core i7-8750H dan hadir rekaan skrin bersaiz 15.6″ IPS LCD HD penuh.

Ia turut dilengkapi dengan memori sehingga 32GB RAM DDR4, storan SSD NVMe dan bateri sebesar 51Wh. Manakala dari segi grafik pula, komputer riba ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti.

Bukan itu sahaja , malah ia juga dilengkapi dengan papan kekunci berlampu dan pilihan I/O pula ialah satu USB-A 3.1, 1 USB-C 3.1, satu pembaca kad, satu bicu audio, satu HDMI dan satu port LAN.

911 Air kini sudah berada di pasaran tempatan dan ditawarkan pada harga agak kompetitif iaitu bermula pada RM4,799 dengan 8GB RAM, 128GB SSD dan 1TB HDD.

You might also like