Instagram Memperkenalkan Fungsi Alt Text Untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan

Sebelum ini Huawei telah mengadakan kempen ‘AI as the Eyes’ – bertujuan memperkasakan golongan cacat penglihatan dengan kemahiran fotografi menerusi kanta AI berkuasa daripada Huawei P20 Pro.

Baca juga: Kempen “AI As The Eyes” Anjuran Huawei, Buktikan Cacat Bukan Penghalang Minat

Terbaru, Instagram pula mengumumkan fungsi baru yang diberi nama Alt Text khas untuk mereka yang cacat penglihatan. Ia secara tidak langsung memudahkan golongan ini mengakses laman sosial Instagram mereka.

Apabila memuat naik gambar ke laman Instagram, Alt Text akan memberi penerangan mengenai gambar tersebut. Ia juga akan menawarkan beberapa pilihan perkataan yang sesuai digunakan, serta akan dibaca oleh pembaca skrin yang digunakan oleh golongan cacat penglihatan ini.

[SUMBER]

You might also like