Facebook Mengharapkan Lebih Banyak Kemas Kini Status Peribadi Dengan Ciri Baru List

Facebook adalah sebuah aplikasi laman sosial yang paling ramai dimuat turun sepanjang tahun 2017. Selepas melancarkan ciri latar belakang berwarna-warni setahun yang lepas, kini Facebook kembali dengan fungsi baru iaitu List. Ia membolehkan pengguna membuat senarai dan berkongsi senarai tersebut pada status peribadi.

Selain boleh membuat status berlatar belakang warna-warni serta emoji, dengan ciri List pengguna juga boleh berkongsi senarai tempat percutian idaman, restoran yang ingin dicuba, filem terbaik ditonton dan pelbagai lagi.

Buat masa sekarang, fungsi ini akan diaktifkan secara berperingkat bermula hari ini. Matlamat utama Facebook adalah untuk mendorong pengguna menyiarkan lebih banyak kemas kini peribadi serta dapat meningkatkan interaksi antara pengguna dengan kenalan di laman sosial.

Sumber

You might also like