
Biar Betul?! Smartphone 18GB RAM!!!
Siapa kenal jenama Turing Robotic Industries? Mereka merupakan pengeluar smartphone jenama Turing yang famous dengan ciri premium, reka bentuk unik dan harga yang tinggi. Kalau nak tengok, korang boleh layari laman web mereka untuk melihat smartphone Turing yang juga hadir dalam dua variasi istimewa, Dark Wyvern dan DW Glaedr.
Terbaru, syarikat tersebut telah mengumumkan akan mengeluarkan satu lagi smartphone melalui newsletter mereka. Monolith Chaconne adalah nama yang bakal diberikan kepada peranti yang mempunyai spesifikasi 3 cip pemproses Qualcomm Snapdaragon 830 (ya ada 3 cip!), 18GB RAM dan kapasiti ROM 1.2TB, wow! Input pula menggunakan skrin sentuh dan papan kekunci fizikal.
Namun bukan itu sahaja yang luar biasa pada peranti ini, kemampuan optikalnya pula tidak seperti peranti flagship lain. Ia dilengkapi lensa kamera 60 megapiksel dengan kemampuan rakaman iMAX 6K dan kamera hadapan 20 megapiksel, ya~20 megapiksel hanya untuk selfie, phewww! Untuk panel paparan pula, Monolith Chaconne menggunakan skrin resolusi 4K, saya rasa spesifikasi itu sahaja kot yang macam biasa kita dengar.
Peranti ini dijangka akan keluar pada tahun 2018, dan harganya masih belum ditetapkan. Bagi mereka yang mengimpikan untuk memiliki Monolith Chaconne, simpan SEMUA duit gaji anda mulai sekarang.

