
Siri Samsung Galaxy S21 Dikhabarkan Mengatasi Rekod Pratempahan Siri Galaxy S20!!
Menurut satu laporan, Siri Samsung Galaxy S21 nyata unggul jika dilihat dari aspek pratempahan bukan sahaja di Korea malahan di UK.

Namun begitu, belum ada lagi jumlah sebenar yang didedahkan bagi pratempahan di UK.
Menurut laporan tersebut, Galaxy S21 Ultra menyumbang lebih daripada 50% pra-pesanan siri peranti ini.Kejayaan ini ekoran daripada inovasi yang hebat, paparan skrin yang lebih jitu dan kuasa kamera yang menakjubkan!