
Pembekal perkhidmatan transaksi tanpa tunai terbesar di Malaysia, Touch ‘n Go merancang untuk melancarkan aplikasi digital mereka pada suku pertama tahun hadapan. Menurut mereka, ketika ini mereka sedang menunggu kelulusan dari pihak berkuasa dan berharap agar semuanya berjalan lancar dan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih meluas dan efektif melalui aplikasi tersebut apabila ia dilancarkan kelak.
Selain transaksi di lebuh raya dan pengangkutan awam, Touch ‘n Go juga menawarkan servis mereka di kedai serbaneka dan beberapa pusat jualan di seluruh negara. Ketika ini TnG sedang berbincang dengan beberapa kedai serbaneka untuk memperkenalkan perkhidmatan urus niaga tanpa tunainya selepas menempatkannya di pasar raya besar termasuk Tesco dan Mydin.