
Logitech telah mengumumkan model webcam terbarunya khas untuk golongan profesional, Logitech C925e. Kelebihan yang dimiliki oleh peranti keluaran Logitech adalah ia menawarkan rakaman video berkualiti tinggi, sekali gus memudahkan pengguna untuk membuat persidangan maya.
Berkemampuan merakam video HD penuh dalam format 1080p, ia juga mampu beroperasi dengan baik walaupun berada di kawasan persekitaran yang gelap di mana kamera ini akan meningkatkan tahap pencahayaan. Tambahan pula, sudut pandangnya juga luas iaitu pada 78 darjah, jadi bersidang dalam kumpulan yang besar pastinya tidak mendatangkan masalah.
Kualiti audio yang dihasilkan oleh Logitech C925e tidak kurang hebatnya! Menerusi dua mikrofon omni-arah, semua ahli persidangan boleh didengari oleh peranti ini. Selain mampu menyingkirkan bunyi bising yang tidak sepatutnya, ciri-ciri keselamatan tidak dilupakan pada kamera ini.
Logitech C925e telah dilengkapi dengan ‘Privacy Shutter’ yang akan menutup lensa kamera. Walaupun digodam, pihak berkenaan tidak akan dapat melihat imej kamera yang digodam. Logitech C925e akan mula dijual di pasaran tempatan pada pertengahan bulan September 2016 pada harga RM 549.

