OPPO Muncul Dengan Sub-Jenama Baru Dikenali Sebagai Reno – Perkenal Peranti Pertama Pada 10 April Depan

839
- Iklan -

OPPO kini muncul dengan sebuah sub-jenama baru dikenali sebagai Reno. Logo jenama tersebut juga telah didedahkan yang mana dilihat menggunakan warna-warni meriah sekaligus memberi bayangan bahawa ia berkemungkinan berfokuskan kepada gaya hidup (life style).

Pada masa sama, OPPO turut mengumumkan bahawa peranti pertama Reno akan dilancarkan pada 10 April depan di China. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai peranti ini yang diperoleh. Jadi, sama-sama kita tunggu!