Monitor Acer Predator X35 Dan Monitor Siri Nitro Dirasmikan, Beri Paparan Menakjubkan


Acer baru sahaja melancarkan beberapa barisan produk untuk pasaran Malaysia di Sunway pyramid. Antara yang dilancarkan adalah monitor gaming Acer Predator X35 Hyper Immersion. Menariknya ia disertakan dengan kadar segar semuka (refresh rae) 144Hz yang mana ia boleh dilewahjam sehingga 200Hz.

Monitor ini bakal dijual pada harga RM9399 dan ia akan disertakan dengan waranti selama 3 tahun.

Ia turut disertakan dengan NVIDIA GSYNC Ultimate yang dihadirkan dengan HDR10. Monitor ini turut hadir dengan panel Quantum Dot serta mampu memaparkan 90% gamut warna DCI-P3.

Tampil dengan pengcahayaan RGB yang dikenali sebagai RGB Light Sense. Pengguna boleh memilih tetapan warna dari 9 pilihan yang anda. Monitor ini bakal memasuki Malaysia pada awal Ogos.

1 lagi siri monitor yang diperkenal yang diperkenalkan adalah siri monitor Acer nitro. Siri tersebut adalah Acer Nitro VG271U, Acer Nitro VG240Y P dan Acer Nitro VG270 P yang mana masing-masing dijual pada harga RM1399, RM899 dan RM699.

Ketiga-tiga peranti ini dilengkapi dengan teknologi AMD Radeon FreeSync dengan kadar segar semula 144Hz dan tempoh maklum balas 1ms bersama paparan Visual Response Boost untuk menghilangkan kekaburan semasa adegan pantas.

Acer Nitro Nitro VG271U Hadir dengan ciri Acer Display Widgets yang mana pengguna boleh mengubah suai tetapan monitor tanpa menekan butang. Turut dihadirkan dengan Acer VisualCare bagi kurangkan keletihan mata.

Acer Nitro VG270UP hadir dengan paparan WQHD(2560 x 1440) IPS. Monitor ini bersaiz 27 inci disertakan dengan 8bit + FRC untuk menawarkan sehingga 1.07 billion warna dalam 95% DCI-P3 untuk paparan visual yang lebih nyata. Bagi VG2400YP tampil dengan paparan FHD IPS bersaiz 23.8 inci.

Siri monitor Nitro ini boleh didapati mulai akhir Julai 2019 melalui stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.

 

You might also like