
Seiring dengan perasmian barisan produk Predator, Acer Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan komputer riba baharu dengan peningkatan teknologi iaitu Acer Swift 7 (2019) dan Acer Spin 3.
Acer Swift 7 (2019) – Skrin 14 Inci Dalam Saiz Kerangka Kecil
Direka untuk professional yang aktif bergerak, Acer Swift 7 mempunyai rekaan moden dan kemas di mana beratnya hanya 890g menjadikan peranti ini lebih kecil berbanding komputer riba biasa yang bersaiz 14 inci.
Swift 7 dikuasakan dengan pemproses Intel® Core™ generasi ke-8, bersama RAM 8GB dan PCIe NVMe SSD, ia hadir bersama dua USB Type-C Gen 2 yang berupaya menyokong sehingga 10Gbps dan Gigabit Wi-Fi 2×2 MU-MIMO.
Skrin 14 inci dengan 92% skrin-ke-kerangka ini membawa paparan yang lebih luas kepada pengguna, ini kerana bezel yang nipis iaitu 4.27mm di tepi kerangka dan 4.35mm di atas. Ciri-ciri menarik termasuk kamera tekan-terbuka yang tersembunyi di atas papan kekunci, daya tahan penggunaan bateri sehingga 12 jam, serta pengimbas cap jari untuk fungsi keselamatan.
Spesifikasi Swift 7 (2019):
- 9 x 191.5mm
- 14 inci HD Penuh IPS
- 92% skrin-ke-kerangka
- Corning Gorilla Glass 6 (paparan skrin) & Corning Gorilla Glass 3 (pad sentuhan)
- Pemproses Intel® Core™ Generasi ke-8
- RAM 8GB dan PCIe NVMe SSD
- USB Type-C Gen 2
- 10Gbps & Gigabit Wi-Fi 2×2 MU-MIMO
- Pengimbas cap jari
- USB Jenis C boleh ubah (USB Type-A dan HDMI port)
Acer Swift 7 hadir dalam 2 pilihan iaitu Intel® Core™ i5 dan i7, masing-masing dijual pada harga RM5,999 dan RM7,599. Anda boleh dapatkan di stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.
Sempena Jerayawara Predator yang berlangsung 26 ~ 30 Jun 2019, pelanggan dapat menikmati potongan sehingga RM500 dan hadiah tambahan apabila membeli peranti terpilih. Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir, tawaran promosi istimewa untuk pembelian Acer Swift 7 bakal dilanjutkan oleh rakan niaga yang lain.
TAWARAN PROMOSI ISTIMEWA DENGAN RAKAN KONGSI ACER YANG TERPILIH: KEDAI KONSEP ACER & KEDAI JENAMA ACER & SUPERSTOR (ALL IT HYPERMARKET, HARVEY NORMAN, SENHENG, SNS NETWORK DAN THUNDER MATCH TECHNOLOGY) | ||||
Barangan | Produk | SRP | Harga Promosi / Hadiah Istimewa |
Ganjaran Istimewa |
SF714-52T-78CU | Swift 7 (Intel® Core™ i7) | RM 7,599 | RM 7,099 (RM500 diskaun) | Edifier Speaker |
SF714-52T-54XE | Swift 7 (Intel® Core™ i5) | RM 5,999 | RM 5,699 (RM300 diskaun) | Edifier Speaker |
Acer Spin 3 (2019) – Reka Bentuk Boleh Laras 360 Darjah Memaksimumkan Pengalaman Pengguna
Selain Swift 7 (2019), Acer juga memperkenalkan Spin 3 serba baharu yang mempunyai ciri boleh laras 360 darjah bersama paparan skrin IPS 14 inci dan 178 darjah sudut pandangan, membolehkan anda berkongsi maklumat dan kegembiraan kepada kawan, keluarga dan rakan sekerja.
Acer Spin 3 dikuasakan oleh Intel® Core™ i3 Generasi ke-8, RAM 4GB dengan satu slot yang boleh dinaiktaraf dan 4GB PCIe SSD. Ciri menarik yang lain termasuk bezel skrin yang nipis bersaiz 9.6mm dengan berat 1.7kg, Active Stylus yang diiktiraf oleh Microsoft dengan Pen Protocol Microsoft bersepadu, stylus dock yang memastikan ia terus mengecas dan selamat daripada hilang dan daya ketahanan bateri sehingga 12 jam.
Komputer riba ini ditawarkan pada harga RM2,499 dan boleh dibeli menerusi stor atas talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.