Syabas! Huawei Berjaya Menjual 100 Juta Peranti Pintar Sehingga 18 Julai 2018
Perasmian Huawei nova 3 dan nova 3i telah pun berakhir semalam, mengikut Huawei CEO Richard Yu berkata dalam acara tersebut, peranti Huawei telah berjaya menjual sebanyak 100 juta unit sehingga 18 Julai 2018.

Mengikut jadual masa yang dikongsikan, jelas memperlihatkan tahun ini merupakan yang paling pantas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 2015 ia tercatat pada 22 Disember, tahun 2016 ia dicatatkan pada 14 Oktober, manakala tahun 2017 pada 12 September. Jelas sekali peranti Huawei semakin meningkat dan menurut Richard Yu, beliau berharap rekodnya boleh mendahului pengeluar Samsung pada masa singkat ini.
Baca Juga: Pandang Pertama: Huawei nova 3 & 3i, Peranti Setaraf Dengan P20?!

