Sony Xperia 5 II Kini Rasmi – Dijual Pada Harga Kira-Kira RM3930!!

1420

Peminat Sony mesti teruja apabila mereka telah melancarkan satu lagi peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Sony Xperia 5 II dan dijual pada harga $950 (kira-kira RM3930).

Peranti ini tampil dengan skri nyang baik iaitu 6.1″ OLED dan dipadankan dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Dari aspek dalaman pula, ia tampil dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 12MP + 12MP + 12MP bagi kamera utama dan 8MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 21W.