
Sehari sudah berlalu, namun editor masih lagi terpegun dengan Harman/Kardon AKG N90Q. Saya ceritakan kenapa…
Jemputan ke acara pelancaran Harman/Kardon adalah sesuatu yang sangat saya nanti-nantikan, ini kerana saya memang peminat muzik dan kualiti audio adalah sesuatu yang sangat diambil berat ketika memilih peranti audio. Kualiti binaan, kemasan, fungsi dan juga kualiti audio adalah antara elemen yang diambil kira dan ia haruslah menepati citarasa saya, dan Harman/Kardon AKG N90Q pada pendapat saya, cukup sempurna.
Rangka aluminium memberikan keteguhan kepada headphone ini, sesuatu yang normal bagi headphone berkelas premium, jadi tidak perlu saya ulas dengan panjang berkenaan keteguhan kerana ia sememangnya sebuah peranti yang solid. Dari segi kemasan pula, ia memang menepati citarasa saya yang gemarkan peranti yang tidak menonjol. Kemasan berwarna hitam dan emas nampak cukup elegan, kemas dan mewah sambil mengekalkan reka bentuk low profile.
Bunyi AKG N90Q pula bukan calang-calang, ianya telah ditala oleh pemenang anugerah Grammy, Quincy Jones, beliau merupakan produser yang sangat disegani dalam dunia muzik. Dengan menggunakan kalibrasi TruNote, peranti ini membolehkan anda mendapatkan kualiti audio yang terbaik bagi bunyi akustik. Di samping itu anda juga boleh menetapkan tune audio anda dengan peranti ini, ia mempunyai mikrofon di setiap cup yang mengesan pergerakan audio di telinga anda dan menalanya secara automatik untuk kualiti yang lebih baik.
• Harman/Kardon AKG N90Q dijual pada harga RM 5,999.
Selain AKG N90Q, Harman/Kardon juga memperkenalkan beberapa peranti audio lain yang merangkumi peranti untuk sukan, kasual, sambungan tanpa wayar dan lain-lain.
JBL Sport Headphone
Under Armour Headphones
• Under Armour Sport Wireless Heart Rate – RM959
• Under Armour Sport Wireless (1.5) – RM729
JBL Reflect Series (sambungan tanpa wayar):

• JBL Reflect Contour – RM399
• JBL Reflect Response – RM769
• JBL Reflect Mini BT – RM469
In-ear Headphones (sambungan wayar)
• JBL Reflect Aware (sambungan Lightning connector) – RM799
• JBL Reflect Mini – RM279
JBL Lifestyle
E Series

(sambungan tanpa wayar)
• E55 BT (Over-ear) – RM699
• E45 BT (On-ear) – RM459
(sambungan wayar)
• E25BT (In-ear) – RM299
• E35 – RM329
• E15 – RM169
T Series

(sambungan tanpa wayar)
• T450BT – RM249
(jenis on-ear, sambungan wayar)
• T450 – RM159

(jenis in-ear, sambungan wayar)
• T290 – RM139
• T210 – RM89
• T110 – RM69





